INFO

Pusat Asasi dan Pengajian Umum (PAPU) ditubuhkan pada November 2018 bagi menyelaraskan program Asasi dan juga kursus-kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) dan Wajib Kolej Universiti (WKU) di bawah satu pusat. Diawal penubuhan PAPU, PAPU hanya mempunyai tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Pengajian Asasi, Jabatan MPU dan Jabatan WKU dan fungsi bagi ketiga-tiga jabatan adalah :

Jabatan Pengajian Asasi
Jabatan yang bertanggungjawab menyelaras semua program-program Asasi yang telah dan akan diwujudkan oleh fakulti-fakulti di KUIM.

Jabatan Mata Pelajaran Pengajian Umum
Jabatan yang bertangungjawab mengendalikan dan menguruskan semua kursus-kursus MPU yang terdiri daripada 4 kelompok. Jabatan ini juga bertanggungjawab terhadap pematuhan MQA bagi kursus-kursus MPU.

Jabatan Wajib Kolej Universiti
Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan semua kursus-kursus WKU yang ditawarkan di KUIM dan bertanggungjawab terhadap penggubalan Dasar Kursus WKU, KUIM.

 

Pada tahun 2020, Mantan Naib Canselor KUIM iaitu Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj Dora mencadangkan agar peranan PAPU diperkasakan lagi dan PAPU mengambil langkah untuk menjayakannya serta menstruktur semula PAPU dan ianya terlaksana pada 01 Jun 2021. Bermula pada 01 Jun 2021, semua program Asasi adalah dibawah pentadbiran PAPU sepenuhnya termasuk kursus-kursus MPU dan WKU. Selain dari itu, PAPU juga telah menjenamakan semula nama jabatan WKU kepada Jabatan Bahasa dan WKU serta mewujudkan jabatan baharu iaitu Jabatan Latihan dan Kemahiran Insaniah yang berfungsi sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program keterampilan graduan dan kursus jangka pendek berkaitan kemahiran insaniah.

 

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Senarai Borang

Hubungi Kami

Pusat Asasi dan Pengajiaan Umum 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/papu
+606-3878251