Ijazah Sarjana Psikologi

Ijazah Sarjana Psikologi   

Kod Pengiktirafan   : JPT/BPP (U) (N/311//0064) (FA 4938) 
Tempoh pengajian : 2 tahun (minimum), 4 tahun (maksimum)
Mod Pengajian      :  Sepenuh Masa ( Tesis )
Yuran pengajian    :  Pelajar Tempatan - RM 11,110.00                                                                                                                                                 

Syarat Kemasukan :

i.  Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau yang setara dengan PNGK minimum 2.75 dan ke atas atau;

ii. Lain-lain Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.75 – 4.00 dan  dengan prasyarat minimum 45 kredit modul Psikologi dan projek penyelidikan prasiswazah dengan minimum PNGK 2.75 daripada 4.00 dalam modul prasyarat

iii. Lain-lain kelayakan, pengalaman dan syarat yang setara atau relevan yang diterima melalui penilaian dalaman KUIM/autoriti yang berkompeten di Malaysia.

 

Nota:

** Bagi calon yang berlatarbelakangkan bidang Psikologi diwajibkan mengambil 3 kursus Audit.  
** Sekiranya calon adalah dari bidang selain Psikologi diwajibkan untuk memenuhi dan                         mengambil sebanyak 12 kursus-kursus psikologi  sebagai pra-syarat. Penilaian subjek-subjek         tersebut hanyalah LULUS dan GAGAL sahaja. Tiada nilaian akan diberikan.
** Berikut merupakan sub-bidang peyelidikan dalam program ini (Pelajar boleh memilih salah               satu bidang sahaja untuk melakukan  penyelidikan)
 
a) Psikologi Industri dan Organisasi
b) Psikologi Perkembangan
c) Psikologi Kaunseling
d) Psikologi Pendidikan
e) Psikologi dari Perspektif Islam
f) Psikologi Klinikal
 
** Sekiranya calon berminat untuk memohon pengajian di dalam program ini, sila emailkan proposal kajian beserta bukti pendaftaran sambung pengajian di dalam web KUIM kepada Pn Siti Marhamah Kamarul Arifain (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

 

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Pautan Pantas

Hubungi Kami

 Fakulti Sains Sosial 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/fss
email Rasmi : fss@kuim.edu.my
+606-3877467
+606-3878411