Bahasa Malaysia | English   
  • Laman Utama
  • Info KUIM
    • Pengenalan
    • Piagam Pelanggan
    • Objektif, Falsafah, Misi, Visi & Motto
    • Rasional Logo
    • Lagu Rasmi KUIM
    • Prasarana
    • Peta Kawasan Kampus
    • Canselor
    • Naib Canselor
    • Lembaga Pengarah
    • Jawatan Kuasa Senat
    • Jawatan Kuasa Pengajian dan Kualiti
    • Pengurusan Tertinggi
    • Carta Organisasi
  • Pentadbiran
    • Pejabat TNC
    • Direktori Staf
  • Fakulti
    • Institut Pengajian Siswazah
    • Akademi Pengajian Islam
    • Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan
    • Fakulti Pengurusan Hospitaliti
    • Fakulti Kejururawatan
    • Fakulti Sains dan Teknologi
    • Fakulti Sastera dan Sains Sosial
  • Lokasi
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
PENGENALAN
 
Kegiatan kokurikulum Kolej Universiti Islam Melaka yang merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform, kelab, persatuan, serta sukan merupakan aktiviti luar bilik kuliah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di Kolej Universiti Islam Melaka. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik kuliah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini Kolej Universiti Islam Melaka menawarkan pelbagai jenis kegiatan badan beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Setiap mahasiswa diwajibkan menganggotai satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Berdasarkan tinjauan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta yang dilakukan oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa, pihak Kolej Universiti Islam Melaka turut membuat penilaian kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh mahasiswa. Namun setiap penilaian yang di buat di beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah IPT.
 
 
UNIT KOKURIKULUM DAN AKTIVITI MAHASISWA
 
Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa berusaha mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik, agar dapat melahirkan mahasiswa yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Aktiviti-aktiviti kokurikulum selain memberi pengetahuan luar bidang pengkhususan akademik, juga dapat melatih mahasiswa dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap mahasiswa supaya sentiasa aktif dan inovatif terhadap kecergasan fizikal dan mental. Pihak Kolej Universiti Islam Melaka juga menetapkan bahawa subjek kokurikulum berkredit merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi pengajian dan bergraduan. Beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dipratikkan sebagai usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaannya supaya ia dapat benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka.
 
 
PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM
 
  1. Subjek kokurikulum berkredit adalah merupakan satu subjek wajib Kolej Universiti Islam Melaka.
  2. Mahasiswa wajib mendaftar subjek kokurikulum berkredit untuk memenuhi struktur pengajian mengikut syarat-syarat pengajian.
  3. Struktur subjek kokurikulum berkredit Kolej Universiti Islam Melaka adalah seperti berikut :


  • PERINGKAT DIPLOMA
 

NAMA SUBJEK

JUMLAH JAM KREDIT

Badan Beruniform

1

Badan Tidak Beruniform

1

Sukan dan Permainan

1

Persatuan dan Kelab

1

 
  • PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA SUBJEK

JUMLAH JAM KREDIT

Badan Beruniform

2

Badan Tidak Beruniform

2

Sukan dan Permainan

2

Persatuan dan Kelab

2

 


SYARAT PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM
 
  1. Kokurikulum adalah kegiatan wajib dalam setiap pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka sebagai mahasiswa yang berdaftar kecuali mahasiswa Institut Pengajian Siswazah.
  2. Untuk mendaftar sesuatu subjek kokurikulum mahasiswa hendaklah memenuhi semua keperluan atau syarat-syarat kelayakan pendaftaran.
  3. Mahasiswa tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada 1 unit subjek kokurikulum (mengikut syarat-syarat setiap subjek).
  4. Sekiranya mahasiswa ingin mengikuti lebih dari satu unit subjek kokurikulum, Unit Kokurikulum tiada halangan tetapi hanya subjek kokurikulum yang didaftarkan oleh mahasiswa di Unit Kokurikulum sahaja yang akan diambil kira pendaftarannya pada daftar subjek Semester 3.
  5. Mahasiswa yang ingin menyertai subjek kokurikulum mesti mendaftar kegiatan tersebut mengikut syarat-syarat pendaftaran.
  6. Bagi subjek kokurikulum yang dijalankan sepanjang Dua Semester, mahasiswa tidak dibenarkan mengugur subjek yang didaftar pada semester kedua. Pengguguran dibenarkan dengan mendapat kelulusan Unit Kokurikulum Hal Ehwal Mahasiswa (HEM).

 

Panduan Kokurikulum

Pengenalan Kokurikulum
Skema Pemarkahan & Penilaian
Senarai Subjek Kokurikulum
Sinopsis Subjek Kukorikulum
Prosedur Pendaftaran Subjek
Penyelaras Kokurikulum
 

Muat Turun

Buku Panduan Kokurikulum
Borang Kegiatan Kokurikulum
Borang Pertukaran Subjek

 

 
Bahagian Pengurusan Kokurikulum
No.Tel :  +606-3878407
 
Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa Dan Alumni
No.Tel : +606-3878412 / 3878405
 
Bahagian Hal Ehwal Akademik
No.Tel : +606-3878420 / 3878415
 
  • Maklum Balas
  • Peta Laman |
  • Direktori Staf |
  • Hak Cipta |
  • Dasar Keselamatan |
  • Dasar Privasi |
  • Penafian |
Bilangan Pelawat :
0049461
Tarikh Akhir Kemaskini : 20 June 2013
Hakcipta © 2013 Kolej Universiti Islam Melaka. Semua Hakcipta Terpelihara.
  Untuk paparan menarik, sila gunakan Mozila Firefox 12 atau Google Chrome atau Internet Explorer 9 ke atas dengan 1280 x 1024 pixels.