Fakulti Sains Dan Teknologi ditubuhkan selaras dengan penukaran nama Kolej Islam Melaka kepada Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka pada tahun 2005. Kerja-kerja asas penubuhan fakulti ini dimulakan dengan perancangan program berkembar dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meletakkan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan sebagai program sulung fakulti ini. Pada bulan Mei 2005 UTM telah meluluskan program berkembar ini melalui penawaran dua programnya iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Elektronik, di mana pengambilan sulung pelajarnya telah dilakukan pada bulan Disember 2005. Pada tahun yang sama, bangunan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang bernilai RM 3.19 juta juga telah siap dibina. Bangunan ini menempatkan dewan kuliah, bilik tutorial, studio, makmal komputer, makmal sains (fizik, kimia, elektrik dan elektronik) selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh UTM. Pembangunan fakulti ini mengambil kira perancangan akademik akan datang termasuklah cadangan untuk menubuhkan program-program baru yang melibatkan bidang sains dan teknologi. Pada masa akan datang, fakulti ini juga akan menawarkan program Diploma Pengurusan Bioteknologi dan Diploma Bioteknologi dengan kerjasama Institut Bioteknologi Melaka.
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN :
| Syarat Kemasukan : | Prospek Kerjaya : |
|
|
|
||||||
| Semester 1 | Semester 3 | Semester 5 | ||||
|
|
|
||||
| Semester 2 | Semester 4 | Semester 6 | ||||
|
|
|
||||
| Syarat Kemasukan : | Prospek Kerjaya : |
|
|
|
||||||
| Semester 1 | Semester 3 | Semester 5 | Semester 7 |
|||
|
|
|
|
|||
| Semester 2 | Semester 4 | Semester 6 | ||||
|
|
|
||||
| Syarat Kemasukan : | Prospek Kerjaya : |
|
|
|
||||||
| Semester 1 | Semester 3 | Semester 5 | Semester 7 |
|||
|
|
|
|
|||
| Semester 2 | Semester 4 | Semester 6 | ||||
|
|
|
||||
* Syarat dan Yuran Kemasukan Tertakluk Kepada Pindaan
* Mendapat Perakuan Dari Agensi Kelayakan Malaysia