Fakulti Kejururawatan mula beroperasi pada tahun 1995. Pada akhir tahun 2005, Fakulti Kejururawatan berpindah ke Kampus Utama, KUIM, Kuala Sungai Baru. Ini bertujuan agar semua fakulti berpusat di Kampus Utama. Pada masa ini, terdapat seramai 555 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Diploma Kejururawatan di kolej ini dan terdiri daripada warga Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kursus ini adalah selama 3 tahun (6 semester) di mana pengajaran teori dan praktikal dilaksanakan sepanjang kursus ini. Praktikum di Hospital Southern, Hospital Terendak, Hospital Temerloh, Hospital USM dan Hospital Melaka. Kursus Diploma Kejururawatan yang dilaksanakan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara dan Lembaga Jururawat Malaysia. Pengiktirafan daripada Lembaga Jururawat Malaysia juga bererti pengiktirafan ‘International Council Of Nursing’. Para akademik adalah barisan pensyarah dan instruktur klinikal yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejururawatan di samping mempunyai bilik ketrampilan yang lengkap dan terkini. Tempat latihan juga adalah luas. Fakulti Kejururawatan mempunyai pengangkutan dan penginapan yang lengkap bertaraf apartmen. Pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang sihat dilaksanakan dalam bentuk riadah dan sukan untuk kesejahteraan minda pelajar.
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN :
| Syarat Kemasukan : | Prospek Kerjaya : |
|
|
|
||||||
| Semester 1 | Semester 3 | Semester 5 | ||||
|
|
|
|
|||
| Semester 2 | Semester 4 | Semester 6 | ||||
|
|
|
||||
* Syarat dan Yuran Kemasukan Tertakluk Kepada Pindaan
* Mendapat Perakuan Dari Agensi Kelayakan Malaysia