Bahasa Malaysia | English   
  • Laman Utama
  • Info KUIM
    • Pengenalan
    • Piagam Pelanggan
    • Objektif, Falsafah, Misi, Visi & Motto
    • Rasional Logo
    • Lagu Rasmi KUIM
    • Prasarana
    • Peta Kawasan Kampus
    • Canselor
    • Naib Canselor
    • Lembaga Pengarah
    • Jawatan Kuasa Senat
    • Jawatan Kuasa Pengajian dan Kualiti
    • Pengurusan Tertinggi
    • Carta Organisasi
  • Pentadbiran
    • Pejabat TNC
    • Direktori Staf
  • Fakulti
    • Institut Pengajian Siswazah
    • Akademi Pengajian Islam
    • Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan
    • Fakulti Pengurusan Hospitaliti
    • Fakulti Kejururawatan
    • Fakulti Sains dan Teknologi
    • Fakulti Sastera dan Sains Sosial
  • Lokasi
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bergerak setanding dengan IPTS yang lain dengan menawarkan pelbagai Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana serta PhD untuk pendidikan anak bangsa.

Saya amat berbangga kerana KUIM telah mempunyai prasarana fizikal yang lengkap bagi memenuhi keperluan pendidikan dan pembelajaran siswa-siswinya. Bangunan yang tersergam indah dengan mempunyai kompleks akademik meliputi blok-blok fakulti, makmal komputer, perpustakaan dan auditorium yang pastinya memberi keselesaan kepada penggunanya.

Pembangunan agenda pengantarabangsaan dalam sektor pengajian tinggi bukanlah sesuatu yang baru. Menjadi sebahagian agenda penting dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), ia adalah nadi kepada usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia hub pendidikan tinggi antarabangsa.

Selari dengan perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB), agenda pengantarabangsaan turut menjadi fokus KUIM dalam memainkan peranan kritikal dan komprehensif bagi menyediakan ekosistem inovasi selain meningkatkan kepakaran tempatan.

Setakat ini jumlah pelajar KUIM mencecah 4000 orang dan bakal meningkat dari tahun ke tahun. KUIM juga mensasarkan seramai 8000 orang mahasiswa menjelang tahun 2019 dan bagi mencapai sasaran tersebut pelbagai inisiatif dilakukan bagi mempromosikan KUIM ke peringkat nasional dan global.

Antara pengantarabangsaan KUIM di peringkat antarabangsa ialah mengadakan MoU dan MoA dengan pelbagai IPT luar negara.

Saya juga merasa bangga dengan pencapaian yang telah KUIM kecapi sehingga mendapat taraf Kolej Universiti  dan dalam usaha mendapatkan status Universiti Penuh pada 2014.

Jesteru itu, saya amat berharap agar kejayaan demi kejayaan bakal ditempa pada tahun ini.

Semoga KUIM terus berjaya memartabatkan pendidikan psikologi insan bagi melahirkan lebih ramai modal insan yang berilmu, bertakwa dan berwawasan.

Sekian terima kasih.

 

  • Maklum Balas
  • Peta Laman |
  • Direktori Staf |
  • Hak Cipta |
  • Dasar Keselamatan |
  • Dasar Privasi |
  • Penafian |
Bilangan Pelawat :
0049132
Tarikh Akhir Kemaskini : 20 June 2013
Hakcipta © 2013 Kolej Universiti Islam Melaka. Semua Hakcipta Terpelihara.
  Untuk paparan menarik, sila gunakan Mozila Firefox 12 atau Google Chrome atau Internet Explorer 9 ke atas dengan 1280 x 1024 pixels.