Matapelajaran SPM

 

 

Calon Pelajar akan didaftarkan tujuh (7) Matapelajaran Teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu :-

  1. Bahasa Melayu

  2. Sejarah

  3. Matematik

  4. Sains

  5. Bahasa Inggeris

  6. Pendidikan Islam

  7. Bahasa Arab 

  8. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (Pilihan)

Syarat Permohonan TB

 

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM TAHFIZ BESTARI (PERSEDIAAN SPM) 

PUSAT ISLAM AS-SYAFIE, KUIM ADALAH SEPERTI BERIKUT :

 

  • Minimum Umur 17 Tahun Ke Atas
  • Minimum Hafazan 10 Juzuk
  • Mempunyai Kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal & Memikir)

Perlaksanaan TB

 

Program Tahfiz Bestari (Persediaan untuk SPM), Pusat Islam As-Syafie, KUIM akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh (10) bulan

bagi setiap tahun dan dibahagikan kepada dua (2) siri mengikut ketetapan seperti berikut :

Taraf Pengajian      : Sijil Pelajaran Malaysia

Tempoh Pengajian : 10 Bulan

Mod Pengajian       : Sepenuh Masa

Siri Pertama           : Bulan Januari hingga Mei setiap tahun

Siri Kedua              : Bulan Jun hingga Oktober setiap tahun

Yuran Pengajian    : RM 7, 000.00 *tertakluk kepada pindaan semasa

Peperiksaan SPM akan bermula pada bulan November pada setiap tahun.
*tarikh peperiksaan bergantung pada Lembaga Peperiksaan

Struktur Yuran



STRUKTUR PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PROGRAM TAHFIZ BESTARI (PERSEDIAAN SPM) 2019,

PUSAT ISLAM AS-SYAFIE, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

 

BIL

PERKARA

JUMLAH (RM)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

1.

Kos Pengajian

4,550.00

Semasa Hari Pendaftaran

1.     RM 1,500.00

(Jumlah wajib dijelaskan sebelum hari pendaftaran)

 

 

Sesi 1 - Januari hingga Jun

2.     RM 2,000.00

(Perlu dijelaskan dalam tempoh sebelum bulan Jun)

 

 

Sesi 2 – Julai hingga November

3.     RM 3,500.00

(Perlu dijelaskan dalam tempoh sebelum bulan November)

 

 

2.

Penginapan dan Pengurusan

2,450.00

Jumlah Keseluruhan (RM)

7,000.00

 

 

Makluman :-

  1. Jumlah keseluruhan yuran adalah berdasarkan kos keseluruhan bagi tempoh pengajian selama 11 bulan bermula dari Januari  sehingga November bagi setiap tahun.

 

  1. Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat secara “cash deposit ” atau “online transfer” kepada akaun KUIM pada butiran seperti berikut ;-

 

Nama Akaun         :           Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad

No. Akaun             :           04024010001000 (Bank Islam Malaysia Berhad)

 

  1. Yuran Pendaftaran hendaklah diljelaskan sebelum hari pendaftaran.

 

  1. Bagi pembayaran yuran seterusnya boleh dibuat secara tunai atau “bank in” atau “online transfer” melalui akaun KUIM pada butiran yang telah dinyatakan.

 

  1. Sila emelkan resit transaksi bagi setiap pembayaran yang dibuat melalui “bank in” atau “bank deposit” ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi tujuan pengeluaran resit bayaran rasmi.

 

Objektif TB

 

 

Objektif utama Program Tahfiz Bestari (Persediaan untuk SPM) ini adalah seperti berikut :

 

  • Memberi peluang yang lebih jelas dan terjamin kepada pelajar untuk menyambung pengajian dan tamat dengan memperolehi pendidikan akademik atau kemahiran.

  • Menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif kepada pelajar.

  • Mewujudkan dan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja pelajar melalui jaringan pengajian tinggi dan industri yang berdaya saing.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

0015018
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
MInggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
28
32
103
14611
1497
1475
15018

Pautan Pantas

Hubungi Kami

 Pusat Islam As-Syafie 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.

Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

+606-387 8977
+606-387 8411