Objektif

Pusat Islam As- Syafie diwujudkan untuk menerajui institusi masjid dan aktiviti syiar Islam di kalangan kakitangan dan pelajar KUIM. Diantara objektif penubuhan Pusat Islam ini ialah ;

  • Selari dengan penubuhan Majlis Hal Ehwal Islam Universiti (MAHEIS) yang ditubuhkan oleh setiap Institut Pengajian Tinggi Awam / swasta dengan tujuan menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan hal ehwal agama Islam.
  • Menjadi pusat perkembangan ilmu dan kefahaman Islam sebenar di dalam kampus dan sekitarnya.
  • Menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal Islam dan nilai-nilai  murni dikalangan warga kampus dan sekitarnya.
  • Mengendali aktiviti rasmi kebesaran Islam, kursus dan latihan peringkat Kolej Universiti Islam Melaka.
  • Pengimarahan masjid a-Ilmi Kolej Universiti Islam Melaka dan penyeliaan aktiviti hal ehwal agama yang  dianjurkan di dalam kampus.
  • Pemantauan penyebaran maklumat sama ada berbentuk cetakan atau eletronik yang berkaitan hal ehwal Islam di dalam kampus.
  • Menjadi pusat perhubungan dan kerjasama pintar dengan agensi luar serta pusat-pusat Islam IPT Malaysia yang berkaitan  dengan hal ehwal  keagamaan, nilai murni dan integrasi kaum.

Informasi Terkini Pusat Islam As-Syafie

TERJEMAHAN