2018

Pengenalan

Program ini merupakan Kursus Jangka Pendek bagi memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pelajar yang berjaya menamatkan program Tahfiz Bestari dan memperolehi sekurang-kurangnya  tiga (3) kredit berpeluang untuk mengikuti mana-mana kursus tahun asas sebagai persediaan mengikuti Program Diploma yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS.

Program ini telah mendapat kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad yang dipengerusikan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka pada 13 Oktober 2015, persidangan 3/2015, jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka.

 

Objektif

Objektif utama Program Tahfiz Bestari (Persediaan untuk SPM) ini adalah seperti berikut:

  • Memberi peluang yang lebih jelas dan terjamin kepada pelajar untuk menyambung pengajian dan tamat dengan memperolehi pendidikan akademik atau kemahiran.
  • Menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif kepada pelajar.
  • Mewujudkan dan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja pelajar melalui jaringan pengajian tinggi dan industri yang berdaya saing.

 

Pelaksanaan

Program Tahfiz Bestari (Persediaan untuk SPM), Pusat Islam As-Syafie, KUIM akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh (10) bulan bagi setiap tahun dan dibahagikan kepada dua (2) siri mengikut ketetapan seperti berikut :

Taraf Pengajian      : Sijil Pelajaran Malaysia

Tempoh Pengajian : 10 Bulan

Mod Pengajian       : Sepenuh Masa

Siri Pertama           : Bulan Januari hingga Mei setiap tahun

Siri Kedua              : Bulan Jun hingga Oktober setiap tahun

Yuran Pengajian    : RM 5, 000.00

Peperiksaan SPM akan bermula pada bulan November pada setiap tahun.

*tarikh peperiksaan bergantung pada Lembaga Peperiksaan


Syarat Permohonan

  • Minimum Umur 17 Tahun Ke Atas
  • Minimum Kelayakan Akademik Lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Minimum Hafazan 10 Juzuk

Pusat Peperiksaan

Peperiksaan SPM akan dijalankan di Kolej Universiti Islam Melaka


Pendaftaran Matapelajaran SPM

Matapelajaran Teras

  1. Bahasa Melayu
  2. Sains
  3. Bahasa Inggeris
  4. Matematik
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Islam

Matapelajaran Elektif

  1. Bahasa Arab / Pendidikan Al-Quran Sunnah
 

Informasi Terkini Pusat Islam As-Syafie

TERJEMAHAN