Mengenai Kami

Kata Aluan Ketua Pusat Islam As-Syafie, KUIM

 

Assalamualaikum Wr Wbt & Salam Hormat,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke laman web Pusat Islam ini. Laman web ini diwujudkan sebagai medium untuk orang ramai khususnya warga Kolej Universiti Islam Melaka untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Pusat Islam. Pihak kami berbesar hati dan berharap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung dan kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan dari anda.

Pusat Islam As-Syafie yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah KTIMB ini seiring dengan penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Universiti (JAHEIS). Perbincangan Pusat Islam As-Syafie bersama dengan JAKIM dan pengarah-pengarah Pusat Islam IPT telah berlangsung untuk membincangkan aktiviti-aktiviti keagamaan di peringkat IPT. Pusat Islam juga berperanan sebagai penyelaras segala aktiviti keagamaan, kerohanian serta pengisian-pengisian agama kepada mahasiswa dan mahasiswi serta seluruh kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Akhir kata, besar harapan saya selaku Ketua Pusat Islam As-Syafie agar pengunjung di laman web ini dapat menafaatkan segala maklumat yang terkandung di sini dan sekiranya terdapat maklumat yang ingin dikongsikan kepada kami amatlah digalakkan. Semoga dengan wujudnya laman web ini dapat meningkatkan lagi informasi tentang Islam dan mengembangkan ajaran agama yang suci ini ke seantero alam.

 

Informasi Terkini Pusat Islam As-Syafie

TERJEMAHAN