Assalammualaikum W.R. W.B.T.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya Portal Kolej Teknologi Islam Antarabangsa ini telah dibangunkan dengan jayanya. Syabas dan Tahniah kepada Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka kerana berjaya melancarkan portal ini secara online.

KTIAM adalah satu institusi penting yang melengkapkan dan menampung keperluan pendidikan tinggi negara. Pendidikan berteraskan islam adalah satu agenda pengisian yang selari dengan kehendak peningkatan kualiti bangsa Malaysia. Bagi menentukan matlamat ini dicapai, usaha-usaha pemantapan intergriti menerusi penghayatan nilai-nilai islam, memperkayakan pengetahuan dan perkongsian informasi perlu menjadi satu pedagogi dan metodologi dalam perlaksanaan pengajaran di KTIAM.

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dan kesejahteraan rakyat, KTIAM hendaklah memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa dapat memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan pada setiap masa. Disamping itu, KTIM hendaklah melipatgandakan usaha agar berterusan bagi memperbaiki kelemahan atau kekurangan dalam sistem, prosedur kerja, peralatan dan sebagainya supaya kualiti perkhidmatan akan sentiasa dapat dipertingkatkan.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setingi-tingi perhargaan dan tahniah kepada presiden KTIAM, dan seluruh warga KTIAM yang telah bersungguh-sungguh merealisasikan dan menjayakan pembangunan portal ini.

Semoga usaha kita sentiasa diberkati Allah Subhanahu Wataala.