Assalammualaikum w.b.t
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka(KTIAM) bergerak setanding dengan IPTS yang lain dan menawarkan pelbagai diploma dan sijil untuk pendidikan anak bangsa.
Saya amat berbangga kerana KTIAM telah mempunyai prasarana fizikal yang lengkap bagi memenuhi keperluan pendidikan dan pembelajaran siswa-siswinya.Kini KTIAM telah beroperasi sepenuhnya secara 'online' dengan menggunakan Teknolgi Maklumat.
Dari segi pengiktirafan diploma, KTIAM telah berjaya mendapatkan kelulusan kementerian pendidikan Malaysia (JPS) dan pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi negara. Kini sebanyak 11 diploma dan 3 sijil telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan. Kebajikan siswa siswi KTIAM tetap dijaga dengan pemberian pinjaman daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Yayasan-yayasan negeri dan hospital-hospital swasta.
KTIAM mempunyai bangunan tersergam indah dengan mempunyai kompleks akademik iaitu 2 blok yang mempunyai 6 bilik kuliah dan ditingkat bawah setiap blok menempatkan makmal komputer dan perpustakaan. Auditorium yang terkini kemudahannya boleh menempatkan seramai 420 orang dimana dewannya mempunyai kerusi yang disusun secara 'theatre', pasti memberi keselesaan kepada penggunanya.
Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri melaka kerana membantu KTIAM dari segi pembangunan prasarana dan akademiknya.
Saya berharap KTIAM akan terus maju setanding dengan IPTS yang lain dengan terus memartabatkan nilai-nilai pendidikan islam yang syumul. |