Pengenalan

Pengenalan Unit Undang-Undang

Unit Undang-Undang ditubuhkan bagi menasihati dan memberikan khidmat sokongan perundangan kepada Pihak Pengurusan KUIM dan Pusat Tanggungjawab lain yang memerlukan khidmat sedemikian agar transaksi-transaksi yang dimasuki oleh pihak-pihak tersebut mematuhi skop dan bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Kolej Universiti Islam Melaka kepadanya.

Unit Undang-Undang diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar KUIM dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Naib Canselor dan pengurusan dan pentadbiran KUIM secara keseluruhan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Undang-Undang dan disokong oleh Pembantu Tadbir Kanan.

Unit Undang-Undang merupakan satu entiti di Kolej Universiti Islam Melaka yang ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan undang-undang kepada Lembaga Pengarah KUIM, Senat, Jawatankuasa Pengurusan KUIM dan Pusat Tanggungjawab lain di KUIM bagi menyokong visi dan misi serta matlamat KUIM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dan bertaraf universiti penuh.

 

Penyataan Tanggungjawab

Unit Undang-Undang bertanggungjawab bertindak atau melakukan sesuatu tindakan dengan berintegriti, berpengetahuan dan berasaskan nas undang-undang bagi menyokong persekitaran dinamik pengajaran-pembelajaran dan penyelidikan serta perundingan dalam KUIM. Kami beriltizam untuk menyediakan, menguruskan dan menyelaraskan semua perkhidmatan undang-undang kepada KUIM, sebagai satu institusi, bagi mengurangkan risiko dan kos perundangan, dan akan sentiasa melakukan sedemikian dengan berkesan, boleh percaya dan profesional.

 

Fungsi Unit Undang-Undang

1) Penasihatan

  • Menasihati KUIM dalam semua hal-hal perundangan berkaitan dengan governan, polisi, pembangunan, pekerja, hal ehwal pelajar, hal ehwal kampus dan hal ehwal akademik.
  • Memberi nasihat dalam penyediaan apa-apa dokumen, surat, laporan dan sebagainya.
  • Menasihati KUIM tentang apa-apa Akta, Statut, Kaedah, Peraturan, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang relevan dan memerlukan pengubahsuaian berlandaskan amalan dan prosedur KUIM. 
  • Memberikan penasihatan am mengenai kepentingan undang-undang dalam transaksi yang dimasuki oleh KUIM.
  • Memberi pandangan/penasihatan dari segi undang-undang kepada KUIM.
  • Merancang dan mengendalikan latihan undang-undang.
  • Memberikan penasihatan undang-undang mengenai prosedur tindakan tatatertib staf dan pelajar KUIM.
  • Memberikan penasihatan mengenai Perlembagaan KUIM termasuk Statut, Kaedah dan Peraturan KUIM.

2) Gubalan

  • Menyedia, menderaf, menyemak dan menasihati terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Persefahaman, Memorandum Perjanjian, Surat Niat dan sebagainya.
  • Membuat rundingan berkaitan terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Perjanjian, Memorandum Persefahaman, Surat Lantikan Penyelidik, Surat Niat, Surat Indemniti dan Surat Niat dengan pihak agensi-agensi Kerajaan, antarabangsa, universiti tempatan dan luar Negara, sektor industri bagi melindungi kepentingan Universiti.
  • Mengemukakan dan menjelaskan cadangan deraf atau pindaan Statut, Kaedah, Perintah dan Peraturan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). 
  • mengendalikan urusan penggubalan dan penyediaan Perjanjian Kerahsiaan, Perjanjian Penyelidikan, Perjanjian Pengkomersilan, Perjanjian Perkhidmatan, Perjanjian Akademik dan Perjanjian Penyewaan.
  • Menderaf/menggubal dan menyemak dokumen undang-undang seperti Akta, Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan, Perjanjian, Tajaan, Kursi/Endowmen, Pajakan, Pampasan, Penyewaan, Konsesi, Penyelidikan, Perlesenan, Kerahsiaan, Pemilikan Harta Intelek, Hospital Panel dan sebagainya.

3) Guaman

  • Memantau dan melapor kepada KUIM kes-kes mahkamah yang melibatkan KUIM, pekerja dan pelajar.
  • Menyemak, menyelia dan membantu panel peguam yang mewakili KUIM.
  • Meneliti saman, menandatangai afidavit dan dokumentasi perundangan untuk dikemukakan kepada mahkamah.  
  • Mengurus pelantikan dan penamatan, menyelia dan memantau prestasi panel peguam. Mengendalikan urusan guaman bagi kes mahkamah yang melibatkan KUIM.
  • Mengendalikan urusan perlantikan peguam untuk setiap kes.

4) Tatatertib 

  • Mengendalikan kes tatatertib staf KUIM bagi setiap kumpulan perkhidmatan.

5) Tuntutan Gantirugi / Pembayaran Balik 

  • Mengendalikan kes pecah kontrak staf.
  • Mengendalikan tuntutan bayaran balik.

Visi

UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN YANG BERKUALITI TINGGI

Misi

UNTUK MENASIHATI DAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN KEPADA KUIM


20 Julai 2020

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@kuim.edu.my
+606-3878382
+606-3878411