Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

PENGENALAN

Selaras dengan perkembangan KUIM yang telah dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti pada tahun 2009, Bahagian Perjawatan KUIM telah dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KUIM yang terdiri daripada empat (4) unit seperti berikut :

Unit Perjawatan
Unit Gaji
Unit Cuti
Unit Data dan Rekod

FUNGSI UMUM

Memastikan segala data dan maklumat staf KUIM seperti butir peribadai, penggajian, rekod kehadiran dan cuti dapat direkodkan dengan baik mengikut dasar dan peraturan oleh KUIM

FUNGSI KHUSUS

PERJAWATAN

Bertanggungjawab menguruskan segala maklumat perkhidmatan staf mulai daripada tarikh pelantikan staf di KUIM sehingga tamat perkhidmatan staf tersebut di KUIM

PENILAIAN PRESTASI 

Bertanggungjawab menguruskan segala aspek berhubung penilaian prestasi merangkumi penilaian prestasi tahunan, penilaian prestasi bagi tujuan kenaikan pangkat, penilaian prestasi bagi tujuan pembaharuan kontrak dan yang berkaitan

GAJI

Bertanggungjawab menguruskan segala butir-butir yang berkaitan emolumen seperti pergerakan gaji, bonus ,potongan-potongan wajib, elaun dan imbuhan staf KUIM

KEHADIRAN & CUTI STAF

Bertanggungjawab menguruskan dan merekod segala maklumat cuti staf seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod, cuti umrah, cuti haji, cuti bencana dan lain-lain cuti seperti yang diwartakan oleh pihak KUIM

PERMIT MENGAJAR

Bertanggungjawab menguruskan segala urusan permit mengajar staf akademik KUIM

TATATERTIB

Bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan tatatertib staf mengikut kepada peraturan – peraturan, tatatertib dan surcaj yang telah diwartakan oleh pihak KUIM

DATA & REKOD

Bertanggungjawab menguruskan dan merekod data maklumat staf seperti kelulusan staf, tarikh pelantikan staf, butir peribadi staf, tempoh kontrak staf dan lain-lain maklumat yang berkaitan

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@kuim.edu.my
+606-3878382
+606-3878411