Kata Alu - Aluan Pendaftar KUIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pendaftar, Kolej Universiti Islam Melaka.   Semoga kunjungan anda ke laman web ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kefahaman anda tentang peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pejabat Pendaftar, KUIM.

 

Secara ringkasnya, Pejabat Pendaftar merupakan salah sebuah entiti penting di KUIM.   Entiti ini bukan sahaja memastikan matlamat universiti tercapai malah ia berperanan besar dalam merealisasikan citra pendidikan negara dengan mematuhi dasar-dasar universiti. Entiti ini dikelaskan secara khususnya kepada pengurusan sumber manusia, pembangunan sumber manusia, sistem sumber manusia dan perundangan. Dalam mendepani cabaran perkhidmatan dan ekspetasi pelanggan, sebagai pendukung utama pengurusan pentadbiran, Pejabat Pendaftar beriltizam memastikan kelangsungan perancangan strategik dan dasar-dasar KUIM dilaksanakan melalui amalan urus tadbir terbaik selaras dengan visi dan misi Kolej Universiti Islam Melaka untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terulung di seluruh Malaysia.

 

Warga kerja Pejabat Pendaftar sentiasa berazam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sesuai dengan tuntutan persekitaran serta kehendak pihak berkepentingan (stakeholders), dengan menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan, berintegriti dan inovatif.  Saya percaya, warga kerja Pejabat Pendaftar sentiasa mendukung budaya kerja yang cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan kami.

 

Akhir kata, semoga Laman Web Pejabat Pendaftar mampu mencapai keberkesanan dalam penyampaian maklumat dan kami sentiasa mengalu-alukan cadangan penambahbaikan daripada anda dari semasa ke semasa.

 

Sila hubungi kami, In Shaa Allah warga kerja kami akan menjawab sebarang pertanyaan dan kemusykilan anda.

 

Terima Kasih kerana melayari laman sesawang Pejabat Pendaftar, KUIM.

 

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@kuim.edu.my
+606-3878382
+606-3878411