Informasi Terkini

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

 

Merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa, berpandukan kepada trend peningkatan
jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan  di kawasan Melaka
khususnya, pihak pengurusan KUIMtelah bersetuju untuk melaksanakan  
penutupan operasi KUIM pada 10 Mei 2021 & 11Mei 2021 (lsnin & Selasa).

3. Namun demikian, bagi memastikan urusan surat-menyurat berjalan
seperti biasa, seorang  staf   daripada  Pejabat Naib Canselor, 
Pejabat Bendahari, Pejabat Pendaftar, Pejabat Hal EhwalPelajar & Alumni
dan Pejabat Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa adalah dikehendaki
untuk hadir secara fizikal ke pejabat selama dua jam dari 9.00 pagi hingga
11.00 pagi bagi urusan tersebut pada kedua-dua hari tersebut.

4. Selanjutnya, semua staf KUIM adalah diingatkan untuk terus mematuhi
SOP yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan
dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di dalam dan di luar kampus.

Atas kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

 

 

 

PENGUATKUASAAN KETAT LALUAN KELUAR MASUK BAGI

PEREKODAN MESIN PERAKAM WAKTU STAF

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA 

 

merujuk perkara di atas dan berdasarkan dari emel makluman

Pejabat Pendaftar bertarikh 28 Ogos 2020 adalah berkait.

2. Dukacita dimaklumkan masih terdapat staf yang tidak mematuhi laluan keluar
masuk bagi perekodan mesin perakam waktu seperti yang telah dikuatkuasakan
sebelum ini.

3. Sehubungan dengan itu, memandangkan kes penularan Covid-19 semakin
membimbangkan, penguatkuasaan laluan keluar masuk akan diketatkan
berkuatkuasa serta merta  dan mana-mana staf yang tidak mematuhi
penguatkuasaan ini akan dikenakan tindakan tatatertib dibawah
Peraturan-Peraturan Tatatertib dan Surcaj-Surcaj Pegawai KUIM.

4. Bersama-sama ini dilampirkan sekali lagi peta laluan keluar masuk untuk
makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

 Sekian, wassalam.

 

 

 

 

MAKLUMAN TALIAN  DIREKTORI PENGURUSAN RISIKO 

merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa  Pengurusan Risiko telah ditubuhkan pada
bulan Mac yang lalu yang bertanggungjawab dan membincangkan pengurusan
risiko & tatacara pengendaliannya kepada semua staf KUIM. Jawatankuasa
ini juga mempunyai justifikasi bagi mewujudkan  satu sistem kawalan yang
boleh memberi jaminan yang munasabah  demi kemaslahatan semua pihak

Sehubungan  dengan  itu,  sekiranya  tuan/puan  mempunyai  sebarang
pertanyaan dan persoalan  mengenai  pengurusan  risiko terutamanya  
pendemik  Covid-19 boleh  hubungi jawatankuasa yang dilantik seperti
butiran berikut:

 

Btl.

NAMA AHLI JAWATANKUASA

NO.TELEFON

EMEL

1.

Pn. Rusyda bt Yahya

019-7752629

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2.

Pn. Siti Saedah bt Dolah

012-6188457

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3.

Pn. Faliza Erylina bt Rameli

019-7708224

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4.

En. Mohd Shafiq bin Mohd Maidin

019-7798776

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5.

En. Mohd Rafi bin Abu Seman

012-6250659

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 6.

YM Ungku Noor Afiq bt Ungku Hassan

013-3921243

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

7.

Pn. Siti Aishah bt Yahya

017-9529991

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

8.

En. Muhammad Hafiz bin Deli

017-6444219

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

9.

Cik Nurul Liyana bt Hussin

012-9850605

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

  

PENGGILIRAN KERJA SECARA BERJADUAL BAGI STAF PENTADBIRAN

 

merujuk  perkara  di  atas  dan  berdasarkan  Pekeliling Pentadbiran Bil.22
Tahun 2020 adalah berkait.

2 .Dimaklumkan  bahawa,  staf pentadbiran adalah tertakluk kepada
penggiliran kerja secara berjadual berasaskan butiran seperti berikut :

 i  Bekerja 3 hari secara fizikal di kampus dan 2 hari BDR.

ii  Waktu pengoperasian pejabat adalah pada 8.00 pagi hingga 4.00 petang 
    (termasuk staf pentadbiran yang memilih waktu anjal).

iii  Pelaksanaan ini mulai 12 April2021 (lsnin) sehingga satu tarikh
    dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, setiap PTj. hendaklah memastikan kapasiti kehadiran staf PTj.
masing­ masing tidak melebihi daripada 30% setiap hari atas justifikasi dalam
memastikan penularan Covid-19 dapat diatasi sebaik mungkin di kampus KUIM.

Selanjutnya, adalah diingatkan juga kepada semua PTj. untuk mengemukakan
jadual bertugas kepada Pejabat Pendaftar melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bagi tujuan pengdokumentasian pada 12 April2021 (lsnin) jam 12.00 tengah hari.

Atas kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

 

MAKLUMAN AKSES DAN PAUTAN BORANG KEHADIRAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR) DALAM LAMAN SESAWANG KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Dimaklumkan bahawa, staf pentadbiran perlulah mengisi borang kehadiran Bekerja Dari Rumah (BDR) melalui aplikasi google form boleh didapati dan diakses melaluilaman sesawang Kolej Universiti Islam Melaka. seperti aturan
berikut :

 
i)   Klik laman sesawang www.kuim.edu.my.
ii)   Klik butang STAF (berwarna ungu) dalam menu utama.
iii)  Klik Borang Kehadiran BDR.


Penyerahan Laporan Penilaian Pensyarah dalam Sistem Akademia KUIM

staf akademik diminta untuk menyerahkan laporan Laporan Penilaian Pensyarah bagi Sesi II 2019/202 dan Sesi I 2020/2021 secara ‘softcopy’ kepada pembantu tadbir fakulti masing-masing dan seterusnya laporan tersebut hendaklah dikongsikan melalaui Google Drive yang disediakan oleh Pejabat Pendaftar mengikut ketetapan berikut.

Semester II, 2019/2020 - dihantar pada 24 November 2020 (Selasa)
Semester I, 2020/2021 - dihantar pada 15 Disember 2020 (Selasa)
 
Capaian Google Drive

 

Pengenalan

Pengenalan Unit Undang-Undang

Unit Undang-Undang ditubuhkan bagi menasihati dan memberikan khidmat sokongan perundangan kepada Pihak Pengurusan KUIM dan Pusat Tanggungjawab lain yang memerlukan khidmat sedemikian agar transaksi-transaksi yang dimasuki oleh pihak-pihak tersebut mematuhi skop dan bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Kolej Universiti Islam Melaka kepadanya.

Unit Undang-Undang diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar KUIM dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Naib Canselor dan pengurusan dan pentadbiran KUIM secara keseluruhan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Undang-Undang dan disokong oleh Pembantu Tadbir Kanan.

Unit Undang-Undang merupakan satu entiti di Kolej Universiti Islam Melaka yang ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan undang-undang kepada Lembaga Pengarah KUIM, Senat, Jawatankuasa Pengurusan KUIM dan Pusat Tanggungjawab lain di KUIM bagi menyokong visi dan misi serta matlamat KUIM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dan bertaraf universiti penuh.

 

Penyataan Tanggungjawab

Unit Undang-Undang bertanggungjawab bertindak atau melakukan sesuatu tindakan dengan berintegriti, berpengetahuan dan berasaskan nas undang-undang bagi menyokong persekitaran dinamik pengajaran-pembelajaran dan penyelidikan serta perundingan dalam KUIM. Kami beriltizam untuk menyediakan, menguruskan dan menyelaraskan semua perkhidmatan undang-undang kepada KUIM, sebagai satu institusi, bagi mengurangkan risiko dan kos perundangan, dan akan sentiasa melakukan sedemikian dengan berkesan, boleh percaya dan profesional.

 

Fungsi Unit Undang-Undang

1) Penasihatan

  • Menasihati KUIM dalam semua hal-hal perundangan berkaitan dengan governan, polisi, pembangunan, pekerja, hal ehwal pelajar, hal ehwal kampus dan hal ehwal akademik.
  • Memberi nasihat dalam penyediaan apa-apa dokumen, surat, laporan dan sebagainya.
  • Menasihati KUIM tentang apa-apa Akta, Statut, Kaedah, Peraturan, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang relevan dan memerlukan pengubahsuaian berlandaskan amalan dan prosedur KUIM. 
  • Memberikan penasihatan am mengenai kepentingan undang-undang dalam transaksi yang dimasuki oleh KUIM.
  • Memberi pandangan/penasihatan dari segi undang-undang kepada KUIM.
  • Merancang dan mengendalikan latihan undang-undang.
  • Memberikan penasihatan undang-undang mengenai prosedur tindakan tatatertib staf dan pelajar KUIM.
  • Memberikan penasihatan mengenai Perlembagaan KUIM termasuk Statut, Kaedah dan Peraturan KUIM.

2) Gubalan

  • Menyedia, menderaf, menyemak dan menasihati terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Persefahaman, Memorandum Perjanjian, Surat Niat dan sebagainya.
  • Membuat rundingan berkaitan terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Perjanjian, Memorandum Persefahaman, Surat Lantikan Penyelidik, Surat Niat, Surat Indemniti dan Surat Niat dengan pihak agensi-agensi Kerajaan, antarabangsa, universiti tempatan dan luar Negara, sektor industri bagi melindungi kepentingan Universiti.
  • Mengemukakan dan menjelaskan cadangan deraf atau pindaan Statut, Kaedah, Perintah dan Peraturan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). 
  • mengendalikan urusan penggubalan dan penyediaan Perjanjian Kerahsiaan, Perjanjian Penyelidikan, Perjanjian Pengkomersilan, Perjanjian Perkhidmatan, Perjanjian Akademik dan Perjanjian Penyewaan.
  • Menderaf/menggubal dan menyemak dokumen undang-undang seperti Akta, Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan, Perjanjian, Tajaan, Kursi/Endowmen, Pajakan, Pampasan, Penyewaan, Konsesi, Penyelidikan, Perlesenan, Kerahsiaan, Pemilikan Harta Intelek, Hospital Panel dan sebagainya.

3) Guaman

  • Memantau dan melapor kepada KUIM kes-kes mahkamah yang melibatkan KUIM, pekerja dan pelajar.
  • Menyemak, menyelia dan membantu panel peguam yang mewakili KUIM.
  • Meneliti saman, menandatangai afidavit dan dokumentasi perundangan untuk dikemukakan kepada mahkamah.  
  • Mengurus pelantikan dan penamatan, menyelia dan memantau prestasi panel peguam. Mengendalikan urusan guaman bagi kes mahkamah yang melibatkan KUIM.
  • Mengendalikan urusan perlantikan peguam untuk setiap kes.

4) Tatatertib 

  • Mengendalikan kes tatatertib staf KUIM bagi setiap kumpulan perkhidmatan.

5) Tuntutan Gantirugi / Pembayaran Balik 

  • Mengendalikan kes pecah kontrak staf.
  • Mengendalikan tuntutan bayaran balik.

Visi

UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN YANG BERKUALITI TINGGI

Misi

UNTUK MENASIHATI DAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN KEPADA KUIM


20 Julai 2020

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@kuim.edu.my
+606-3878382
+606-3878411