PERKESO

Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

  • Kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaannya

  • Kemalangan semasa dalam perjalanan:

    - mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya

    - yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya

    - di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan

  • Nota : 
    Kemalangan yang berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau lencongan tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya. 
    Waris / Staf perlu memaklumkan kemalangan / kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan pada kadar yang segera untuk memaklumkan kepada pihak PERKESO.

  • Kemalangan semasa kecemasan
    Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

  • Penyakit khidmat
    Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
  • Antara contoh penyakit khidmat adalah seperti:

    • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
    • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

    • Faedah Di Bawah Skim Bencana Pekerjaan

             Faedah Perubatan
             Faedah Hilang Upaya Sementara
             Faedah Hilang Upaya Kekal
             Elaun Layanan Sentiasa
             Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
             Faedah Orang Tanggungan
             Faedah Pengurusan Mayat
             Faedah Pendidikan

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Pejabat Pendaftar 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/pejabatpendaftar
email Rasmi : pejabatpendaftar@kuim.edu.my
+606-3878382
+606-3878411