UNIT HASIL

PERKHIDMATAN KAUNTER

 

1. WAKTU BERURUSAN

 

ISNIN - KHAMIS

8:15 PAGI - 12.45 TENGAHARI

2:15 PETANG - 4:30 PETANG

JUMAAT

8:15 PAGI - 12:00 TENGAHARI

3:00 PETANG - 4:30 PETANG

 

 

 

2. KAUNTER BAYARAN

2.1 Segala jenis urusan pembayaran dan semakan yuran pengajian boleh dilakukan di Kaunter 4 dan Kaunter 5, Pejabat Bendahari KUIM

2.2 Pelajar yang ingin membuat semakan atau bayaran yuran pengajian, hendaklah mempamerkan kad matrik atau kad pengenalan pelajar bagi memudahkan semakan dilakukan oleh pihak Kaunter.

2.3 Bagi pihak penyewa atau pihak lain yang ingin berurusan, perlulah menyerahkan salinan surat pengesahan permohonan bagi tujuan semakan.

 

Nota: 1. Pastikan resit rasmi bayaran diterima selepas pembayaran dilakukan.

   2. Sekiranya bayaran dilakukan menggunakan transaksi selain tunai, sila rujuk maklumat pembayaran bagi keterangan lanjut.

 

 

3. KAUNTER PENGESAHAN PELAJAR

3.1 Pelajar yang ingin membuat pengesahan seperti pelepasan daftar subjek dan hall ticket, pengesahan borang berhenti (berhenti atau tamat pengajian), boleh berurusan di Kaunter 6, Pejabat Bendahari KUIM.

 

3.2  Bagi pelajar yang tamat pengajian (konvo) atau tarik diri:


- Ambil borang berhenti di kaunter Bahagian Hal Ehwal Akademik dan lengkapkan cop serta tandatangan dari setiap bahagian mengikut turutan abjad.


- Bagi ruangan bahagian kewangan, hendaklah disahkan oleh pegawai di kaunter.


- Setelah selesai dan lengkap cop serta tandatangan, pelajar perlu memulangkan semula borang tersebut bersama dokumen seperti tertera di bawah :

 

Antara dokumen yang perlu diserahkan adalah:

- Borang berhenti pelajar- salinan berwarna biru (pastikan semua bahagian telah dibuat pengesahan).


- Resit asal cagaran- semester 1 sahaja (pastikan di atas resit tertera cagaran asrama dan cagaran perpustakaan atau cagaran pelajar).


- Jika resit tiada dalam simpanan pelajar, pelajar boleh mencetak semula resit berkenaan di kaunter 4 atau kaunter 5 dan akan dikenakan bayaran berjumlah RM5.00 (LIMA RINGGIT SAHAJA).


- Salinan nombor akaun pelajar yang masih aktif- sebolehnya diserahkan secara 'hardcopy' (boleh didapati melalui atm ''cetak penyata mini'' atau secara online atau pengesahan pembukaan akaun dari pihak bank)

 

3.3 Bagi permohonan transkrip sementara atau surat akuan tamat pengajian


- Pelajar perlu mengisi borang yang boleh didapati dari laman web Bahagian Hal Ehwal Akademik.


- Selepas diisi, pelajar perlu membuat bayaran berjumlah RM5.00 (LIMA RINGGIT SAHAJA) untuk satu permohonan bagi yuran proses transkrip atau surat tersebut.


- Setelah bayaran dilakukan, pelajar perlu melampirkan resit bayaran bersama borang permohonan di kaunter 6, Pejabat Bendahari KUIM untuk pengesahan berkaitan yuran.


- Transkrip tersebut boleh didapati secara ambil sendiri atau email atau pos mengikut alamat yang diberi dalam masa 3 hari bekerja.

 

3.4 Bagi lain-lain hal yang berkaitan yuran pengajian, pelajar boleh berurusan terus dengan pegawai di kaunter ini sebelum ke prosedur seterusnya.

 

 

 

 

 

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 PEJABAT BENDAHARI 
   
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/pejabatbendahari2019
email Rasmi : kewangan@kuim.edu.my
+606-3876454/8443
+606-3878440