KAUNTER BAYARAN
- Segala jenis urusan pembayaran dan semakan yuran pengajian boleh dilakukan di Kaunter 5 dan Kaunter 6, Pejabat Bendahari UNIMEL
- Pelajar yang ingin membuat semakan atau bayaran yuran pengajian, hendaklah mempamerkan kad matrik atau kad pengenalan pelajar bagi memudahkan semakan dilakukan oleh pihak Kaunter.
- Bagi pihak penyewa atau pihak lain yang ingin berurusan, perlulah menyerahkan salinan surat pengesahan permohonan bagi tujuan semakan.
Nota: 1. Pastikan resit rasmi bayaran diterima selepas pembayaran dilakukan.
2. Sekiranya bayaran dilakukan menggunakan transaksi selain tunai, sila rujuk maklumat pembayaran bagi keterangan lanjut.
KAUNTER PENGESAHAN PELAJAR
- Pelajar yang ingin membuat pengesahan seperti pelepasan daftar kursus dan hall ticket, pengesahan borang berhenti (berhenti atau tamat pengajian), boleh berurusan di Kaunter 6, Pejabat Bendahari UNIMEL.
- Bagi pelajar yang tamat pengajian (konvo) atau tarik diri:
- Dapatkan borang berhenti di kaunter Bahagian Hal Ehwal Akademik dan lengkapkan cop serta tandatangan dari setiap bahagian mengikut turutan abjad.
- Bagi ruangan bahagian kewangan, hendaklah disahkan oleh pegawai di kaunter.
- Setelah selesai dan lengkap cop serta tandatangan, pelajar perlu memulangkan semula borang tersebut bersama dokumen seperti tertera di bawah :
a) Borang berhenti pelajar- salinan berwarna biru (pastikan semua bahagian telah dibuat pengesahan).
b) Resit asal cagaran- semester 1 sahaja (pastikan di atas resit tertera cagaran asrama dan cagaran perpustakaan atau cagaran pelajar).
c) Jika resit tiada dalam simpanan pelajar, pelajar boleh mencetak semula resit berkenaan dari portal pelajar.
d) Salinan nombor akaun pelajar yang masih aktif - Bagi permohonan transkrip sementara atau surat akuan tamat pengajian
- Pelajar perlu mengisi borang yang boleh didapati dari laman web Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.
- Selepas diisi, pelajar perlu membuat bayaran berjumlah RM 5.00 (LIMA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA) untuk satu permohonan bagi yuran proses transkrip atau surat tersebut.
- Setelah bayaran dilakukan, pelajar perlu melampirkan resit bayaran bersama borang permohonan di kaunter 6, Pejabat Bendahari UNIMEL untuk pengesahan berkaitan yuran.
- Transkrip tersebut boleh didapati secara ambil sendiri atau email atau pos mengikut alamat yang diberi dalam masa 3 hari bekerja.
- Bagi lain-lain hal yang berkaitan yuran pengajian, pelajar boleh berurusan terus dengan pegawai di kaunter ini sebelum ke prosedur seterusnya.