OBJEKTIF, VISI & MISI

OBJEKTIF

  1. Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.
  2. Melaksanakan dan mentarbiyyah pelbagai bidang ilmu berteraskan Islam.
  3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, Sains, Teknologi, Sains Sosial dan Ilmu-ilmu terkini.
  4. Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.
  5. Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.
  6. Menekankan pengajian yang berteraskan psikologi.
  7. Menyokong dan membantu negara melaksanakan dan merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.

 

MISI

Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berwadahkan islam.

 

VISI

Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam pengajian yang berteraskan islam.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

Pusat Asasi dan Pengajiaan Umum 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/papu2019
+606-3876561