PENDEKATAN MAHKAMAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERHADAP PRODUK PERBANKAN ISLAM: ANALISIS KES TERPILIH

Mohd Sabree Nasri, Mohamad Afandi Md Ismail, Muhammad Hilmi Musa

Abstract


Badan Kehakiman merupakan salah satu kompenen utama dalam prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia bagi menjamin sistem demokrasi yang adil. Badan ini berdiri secara bebas tanpa terikat kepada mana-mana pengaruh dan campur tangan Badan Eksekutif sejajar dengan syariat Islam. Amalan undang-undang di Malaysia memperlihatkan Mahkamah Sivil berbidangkuasa memutuskan kes terhadap perkara yang melibatkan kewangan dan perbankan berdasarkan Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, hukum keesahan melibatkan sesuatu transaksi atau produk kewangan dan perbankan Islam adalah dibawah seliaan Majlis Penasihat Syariah. Isu timbul apabila wujud dakwaan Mahkamah terikat untuk mengikut keputusan atau resolusi Majlis Penasihat Syariah. Persoalan yang diketengahkan, adakah wujud perlanggaran seksyen 56 dan seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 oleh Mahkamah dalam memutuskan kes yang berkaitan produk perbankan Islam. Justeru, bagaimana Mahkamah mengadili dan memutuskan kes seperti ini. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan secara ringkas mengenai peranan Majlis Penasihat Syariah diikuti bidangkuasa Mahkamah. Penulisan kemudiannya akan meneliti kes-kes melibatkan produk perbankan Islam yang telah diputuskan oleh Mahkamah. Objektif artikel ini bagi mendedahkan kepada masyarakat, pendekatan yang dibuat oleh Mahkamah dalam mengadili produk perbankan Islam sama ada menepati maqasid atau sekadar mengikut tatacara perundangan.


Keywords


Perbankan Islam, Majlis Penasihat Syariah, Maqasid Syariah.

Full Text:

PDF

References


Ahmad Ibrahim. (1997). Kedudukan Undang-undang Islam di Malaysia. Jurnal Hukum Jld XI Bhg I.

Aishath Muneeza. (2015). Legislative Conflicts Facing Islamic Banking in Malaysia. Kuala Lumpur: A.S. NOORDEEN.

al-Bakri, Zulkifli Mohamad. (2008). Institut Fatwa dalam Enakmen Pentadbiran Perundingan Islam Negeri Sembilan. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Bank Negara Malaysia. Majlis Penasihat Syariah Bank. http://www.bnm.gov.my/?ch=bm_about&pg=bm_thebank&ac=803〈=bm. Dicapai pada 17 Disember 2015.

Japar Mat Dain, Noor Naemah Abdul Rahman & Asmak Ab Rahman. (2014). Fatwas on The Islamic Law of Transaction and Their Roles in Society. Dlm. Asmak Ab Rahman, Wan Marhaini Wan Ahmad & Shamsiah Mohamad (pnyt.). Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues. Kuala Lumpur: Pearson Sdn Bhd.

Jasri Jamal & Ruzian Markom. (2009). Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Perlukah ke Mahkamah Syariah?. Kertas Kerja dalam Prosiding Seminar Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam: Peringkat Antarabangsa 2009. Vol. 1. 20-21 Oktober. Selangor Darul Ehsan: Jabatan Syariah UKM.

Mahmud Saedon. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan & Aznan Hassan. (2013). Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Kewangan dan Kehartaan Islam. Anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 19-20 Februari.

Mohd Al Adib Samuri. (2006). Bidang Kuasa Membicara Bagi Kes Berkaitan Wakaf dan Harta Pusaka di Mahkamah Sivil: Analisis Kes Selepas Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Dlm. Zamzuri Zakaria, Siti Zalikhah Md Nor, Mat Noor Mat Zain, Mohd Zamro Muda, Md. Yazid Ahmad, Mohammad Zaini Yahaya (pnyt.). Kertas Kerja dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam.

Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli, Zulzaidi Mahmod & Joni Tamkin Borhan. (2015). Tadbir Urus Syariah dalam Industri Takaful di Malaysia: Implikasi Pra dan Pasca Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Sains Humanika 5:1 (2015) 77-85, UTM Press.

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif & Ruzian Markom. (2013). Peranan dan Kedudukan Majlis Penasihat Shariah untuk Memperkasakan Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan 38(2013) 127-132.

Mohd Sabree Nasri, Rahisam Ramli, Nurul Athirah Mohd Azmi & Rusyda Yahya. (2016). Pendekatan Hakim Dalam Membuat Keputusan Terhadap Kes Pembiayaan Perumahan Berasaskan Produk Islam: Ibra' Satu Penelitian Awal. International Conference on Islamic Leadership and Management 2016. hlm. 224-242.

Mohd Sabree Nasri. (2018). Takaful Semula Dalam Industri Insurans: Tinjauan Khusus Menurut Perspektif Islam dan Undang-Undang. Journal of Law and Governance. Vol.1 (No. 1). hlm. 49-61.

Muhammad Hafiz Badrulzaman. (2012). Majlis Penasihat Syariah: Implikasi Sebelum dan Selepas Pindaan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Kertas Kerja dibentangkan dalam International Conference on Multidisciplinary Research (iCMR). Anjuran Universiti Sains Malaysia. 1-3 November.

Muhammad Ridhwan Ab. Aziz. (2013). Islamic Banking and Finance in Malaysia. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.

Najahudin Lateh. (2010). Sistem Kewangan Islam Dalam Kerangka Perundangan Negara: Kajian Terhadap Kes-Kes Di Mahkamah. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Syariah & Undang-undang Peringkat Kebangsaan. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia. 2-3 November.

Noor Inayah Yaakub, Wan Kamal Mujani, Hasani Mohd. Ali, Rooshida Merican Abdul Rahim Merican, Mohamad Abdul Hamid & Wan Mohd Hirwani Wan Hussain. (2010). Kewangan Islam Menyusuri Zaman Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM & Yayasan Kepimpinan Perdana.

Noor Inayah Yaakub. (2015). Kerangka Perundangan Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Penilaian dan Hala Tuju. Dlm. Mohamad Azhar Hashim (pnyt) Kewangan Islam Pemikiran dan Penilaian Kontemporari. Kuala Lumpur: IKIM.

Othman Ishak. (1997). Fatwa Dalam Sistem Pemerintahan dan Kehakiman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Serantau Mufti dan Fatwa. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala Lumpur. 23-24 September.

Rusnadewi Abdul Rashid. (2013). Memartabatkan Undang-Undang Islam Dan Mahkamah Syariah Dalam Undang-Undang Tanah Di Malaysia. Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 19-26.

Rusni Hassan, Mohammad Azam Hussain & Adnan Yusoff. (2003). Penubuhan dan Bidangkuasa Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran. 25 Kanun (1), Jun 2003.

Ruzian Markom & Noor Inayah Yaakub. (2012). Litigation as Dispute Resolution Mechanism in Islamic Finance: Malaysian Experience. Kertas Kerja dalam European Jurnal of Law and Economics. DOI 10.1007/s10657-012-9356-x.

Tun Abdul Hamid Mohamad. (2009). Perbankan Islam dan Takaful: Penyelesaian Isu Undang-Undang dan Hukum Syarak. Kertas Kerja dibentangkan dalam Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-5. 17 -19 Jun.

Zaini Nasohah, Zuliza Mohd Kusrin, Mohd Zamro Muda, Mohammad Zaini Yahaya & Anwar Fakhri Omar. (2004). Syariah dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zulkifli Hassan. (t.th.). Kritikan Perlaksanaan Kewangan Islam: Realiti dan Cabaran.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.