PENGARUH KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN BUDAYA SEKOLAH TERHADAP ORGANISASI PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DI MALAYSIA

Norisyah Abd Rahim

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan organisasi pembelajaran di Sekolah Menengah IMTIAZ di Malaysia. Tumpuan kajian adalah untuk melihat pengaruh kepimpinan transformasi dan budaya sekolah terhadap organisasi pembelajaran di IMTIAZ. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai seratus enam puluh lapan (168) orang responden daripada lapan (8) buah Sekolah Menengah IMTIAZ di Malaysia. Alat kajian ialah set borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan tahap amalan kepimpinan transformasi, budaya sekolah dan organisasi pembelajaran. Manakala hipotesis kajian diuji dengan ujian korelasi pearson dan regresi berganda. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi di berada tahap tinggi. Dapatan juga mendapati hubungan kepimpinan transformasi dan budaya sekolah dengan organisasi pembelajaran adalah tinggi, kepimpinan transformasi (r= .598**, p<0.01) dan budaya sekolah (r= .854**, p<0.01). Manakala dapatan bagi pengaruh pula mendapati kepimpinan transformasi tidak mempunyai pengaruh terhadap organisasi pembelajaran. Hanya budaya sekolah sahaja yang mempunyai pengaruh terhadap organisasi pembelajaran (73.9%). Manakala dua lagi faktor dalam budaya sekolah di dapati tidak dominan iaitu pembangunan profesional dan sokongan kolegial. Faktor kerjasama guru mendominasi faktor-faktor yang lain dengan menyumbangkan (63.5%). Kajian ini turut mencadangkan bagi kajian yang akan datang agar skop institusi kajian diperluaskan lagi bagi melihat kepelbagaian kepimpinan dan budaya.

Keywords


Kepimpinan transformasi, budaya sekolah, organisasi pembelajaran, IMTIAZ

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2019 Jurnal ILMI