PERSPEKTIF AL-QUR’AN TERHADAP AMALAN KEWANGAN KONVENSIONAL: ANALISIS PERBANDINGAN BERKAITAN RIBA DAN KADAR FAEDAH PERBANKAN

Ab Rahim Ibrahim

Abstract


Faedah yang menjadi teras kepada amalan perbankan konvensional moden merupakan perkara yang dilarang dalam ajaran Islam menurut perspektif al-Qur’an dan ia tidak boleh wujud sama sekali dalam amalan kewangan Islam. Merujuk kepada sejarah panjang urusniaga kewangan sepanjang zaman, memberi atau mengenakan kadar faedah telah menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan manusia sama ada di pihak individu atau institusi. Amalan ini telah bermula sejak sekian lama sebelum manusia mengenali wang sebagai alat pertukaran atau penentu nilai serta simpanan masa hadapan. Ia berlaku dalam urusniaga yang melibatkan matawang dan komoditi dalam bentuk hutang atau jual beli (pertukaran). Menurut perspektif al-Qur’an pengharaman ini adalah muktamad walaupun proses pengharaman tersebut berlaku secara berperingkat melalui empat (4) fasa berdasarkan tempoh penurunan ayat yang berkaitan larangan tersebut. Pengharaman ini juga adalah menyeluruh yang memberikan kesan larangan secara mutlak kepada semua amalan kadar faedah termasuk apa yang dilaksanakan oleh instutusi perbankan konvensional semasa. Untuk itu, riba atau faedah perlu difahami dengan betul supaya urusniaga kewangan yang dilaksanakan menepati prinsip-prinsip syariah. Perspektif al-Qur’an telah memberikan gambaran yang jelas berkaitan riba yang diharamkan dan menunjukkan jalan penyelesaian yang praktikal melalui pelaksanaan urusniaga jual beli.

Keywords


kewangan dan perbankan Islam, perbankan konvensional, riba dan kadar faedah, amalan kadar faedah, analisis perspektif al-Qur’an.

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2019 Jurnal ILMI