FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANJARAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DI FIRMA YANG TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA

Edi Suhartiningsih N. Noto Sudarmo, Fauziah Hanim Hj Fazil, Noorizda Emellia Mohd Aziz, Maryam Mohd Esa, Nurul Aini Md. Rais

Abstract


Ganjaran merupakan bayaran sama ada dalam bentuk wang atau faedah lain seperti perumahan, yang disediakan kepada pekerja sebagai ganjaran untuk perkhidmatan di bawah kontrak pekerjaan. Ketua Pegawai Eksekutif pula merupakan di antara ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada seluruh pengurusan sesebuah firma. Ketua Pegawai Eksekutif adalah pengarah dalaman dan dari segi ganjaran, pengarah dalaman ini akan dibayar dengan sewajarnya untuk perkhidmatan mengikut kewajipan undang-undang dan tanggungjawab yang semakin meningkat. Ganjaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif akan menjadi beban firma jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak dapat menjana pendapatan seperti yang dirancang. Kajian ini dijalankan bagi menguji faktor-faktor yang mempengaruhi ganjaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif di kalangan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini prestasi firma, saiz, kawalan Lembaga Pengarah, sektor industri, dan keupayaan Ketua Pegawai Eksekutif. Sampel kajian ini terdiri dari syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia bagi tahun 2015. Sebanyak 273 firma telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data diperolehi daripada Laporan Tahunan firma-firma terpilih bagi tahun semasa. Dapatan kajian mendapati prestasi firma, saiz, kawalan Lembaga Pengarah, dan keupayaan Ketua Pegawai Eksekutif mempengaruhi ganjaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif. Keupayaan Ketua Pegawai Eksekutif memberi pengaruh yang paling besar, sehingga melebihi 50 peratus dalam penentuan ganjaran kepada mereka. Dapatan daripada kajian ini memberikan implikasi yang penting kepada teori, praktikal dan pengurusan serta akademik.

 

Kata kunci: Ganjaran, Ketua Pegawai Eksekutif, Prestasi Syarikat, Lembaga Pengarah, Bursa Malaysia

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.