PENGENALAN

PENGENALAN 

Pada tahun 2009, KTIAM telah dinaiktaraf sebagai sebuah kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka dan seterusnya merancang untuk menubuhkan sebuah Institut  Pengajian Siswazah (IPS) yang mengendalikan program pengajian Ijazah Tinggi Dan Doktor Falsafah. Penubuhan Institut Pengajian Siswazah (IPS) ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk melahirkan graduan 60000 orang pemegang ijazah Doktor Falsafah(PHD) pada tahun 2023 dan menjadikan KUIM sebagai salah satu institusi yang merealisasikan hasrat kerajaan tersebut. Sehubungan dengan itu , KUIM telah mula menawarkan lima belas (15) program iaitu empat (4) program peringkat Doktor Falsafah dan sebelas (11) program peringkat Sarjana.
 

 PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN 

Institut Pengajian Siswazah sentiasa berkembang dan maju dari sudut pengambilan pelajar dan penawaran program. Sehingga 2019, pihak IPS menawarkan sebanyak lima belas (15) program iaitu empat (4) program pengajian peringkat Doktor Falsafah dan Sebelas (11) program peringkat Sarjana dengan jumlah pelajar terkini seramai 56 orang.

 

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

Institut Pengajian Siswazah 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/ips
email Rasmi : infoips@kuim.edu.my
+606-3878266
+606-3878267