Iklan dan Permohonan

 

Permohonan 

1. Program Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Universiti diiklankan dalam akhbar-akhbar Utama atau di laman web  http://www.kuim.edu.my  sebelum permulaan setiap semester.

2. Permohonan masuk ke mana-mana program pengajian Ijazah Tinggi hendaklah dibuat secara ‘on-line’ atau di atas borang permohonan yang ditetapkan yang boleh diperoleh di Institut Pengajian Siswazah, KUIM.

3. Calon yang berminat mengikuti program Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Mod Penyelidikan, boleh memohon pada bila-bila masa.

4. Permohonan Kemasukan mengikuti program Sarjana Mod Kerja Kursus, dan program Sarjana Mod Campuran hendaklah sampai ke Institut Pengajian Siswazah, KUIM pada atau sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang telah ditetapkan di dalam iklan.  Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

5. Bagi calon yang ingin membuat penyelidikan, format menulis kertas cadangan hendaklah mengikut garis panduan yang telah dilampirkan bersama dalam borang permohonan oleh pihak Institut Pengajian Siswazah. Kertas cadangan yang tidak mengikut format akan dikembalikan kepada calon untuk dikemaskini.

Syarat Kemasukan

Kelayakan minimum bagi program pengajian Ijazah Doktor Falsafah.

i) Ijazah Sarjana dari Universiti atau Universiti dalam negara yang diiktiraf oleh MQA atau setaraf atau;
ii) Ijazah Sarjana dari universiti-universiti luar negara

Kelayakan minimum bagi program pengajian Ijazah Sarjana

  1. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti atau Kolej Universiti dalam negara yang diiktiraf oleh MQA atau setaraf dengan PNGK minimum 2.75, atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)yang berkaitan daripada Universiti-Universiti luar negara dengan PNGK minimum 2.75 (layak secara automatik): atau
  2. Ijazah Sarjana Muda atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi dan dipersetujui oleh Senat KUIM: atau
  3. Ijazah Sarjana Muda yang setara denganya tetapi tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman berkerja dalam bidang yang relevan.