JAWATANKUASA INDUK WAKAF KUIM

Jawatankuasa Pengurusan Induk Wakaf KUIM adalah jawatankuasa pada peringkat pengurusan tertinggi KUIM yang akan membincangkan dan memutuskan hasil mesyuarat pada peringkat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Wakaf KUIM. Seterusnya, jawatankuasa ini membawa setiap perancangan kepada Lembaga Pengurusan Wakaf KUIM untuk dinilai dan dipertimbangkan terhadap pelaksanaannya. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sekali pada setiap dua bulan atau lebih kerap mengikut keperluan.

  • Last Modified: Wednesday 14 October 2020.